Followers

shashinki.com - malaysia's online camera shop!
Showing posts with label P1. Show all posts
Showing posts with label P1. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

High Speed Broadband (HSBB)

HSBB Technology Mix

HSBB delivered to consumers and businesses will be through a mix of Fibre-to-the-Home (FTTH)*, Ethernet-to-the-Home (ETTH)**, Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2)*** and Asymmetric Digital Subscriber Line 2+ (ADSL2+)**** technologies. In greenfield (new development) areas, FTTH will be the pre-dominant technology used for both residential and commercial properties, whereas, brownfield (existing development) areas will be served by FTTH, ETTH, VDSL2 and ADSL2+ technologies depending on the types of properties and services to be deployed.
The diagram below illustrates this.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*   Fibre-to-the-Home (FTTH) – the physical delivery of fibre optic cables directly to homes & businesses replacing the existing copper lines
 ** Ethernet-to-the-Home (ETTH) – a generalised fibre solution evolving from a circuit switched model to an entirely packet switched model using Ethernet as opposed to Asynchronous Transfer Mode (ATM)
 *** Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2) – an access technology using existing copper lines which is the newest and most advanced standard of DSL broadband  wireline communications
**** Asymmetric Digital Subscriber Line 2+ (ADSL2+) - an access technology using existing copper lines that is able to extend the capability of basic ADSL by doubling the number of downstream bits

Click to view enlarged version

HSBB Project Scope


Click to view enlarged version

The HSBB project is, an end-to-end project that includes access, core and international capacity building investments which will eventually result in a world-class infrastructure network for the nation.
In a Public-Private Partnership agreement (PPP) between the Government and TM, TM will roll-out the HSBB network over a period of 10 years where the Government will co-invest RM2.4 billion over the initial three year period and TM, RM8.9 billion over the entire 10 year span of the project.

High Speed Broadband (HSBB)

Benefits of HSBB


Click to view enlarged version

Benefits of HSBB


Click to view enlarged version

HSBB & The Digital Lifestyle Experience


Click to view enlarged version
With the bandwidth provided by HSBB, a whole new lifestyle experience will open up for Malaysians in terms of providing greater opportunities and access to rich content like never before in entertainment, gaming, education, business, work, health, communications, services and much more.

A. Consumers


Click to view enlarged version

Consumers will be able to :
  • download large (file size) DVD quality movies and music video clips in a matter of minutes or even a few seconds depending on the file size.
  • enjoy a new TV experience through TV over broadband (IPTV) with access to TV channels over a private network in high definition format with high stability. IPTV also offers the ability for high content user interactivity.
  • work from home and stay in touch with the office, clients and business associates anywhere in the world in real time through high speed Internet, video and voice connections.
  • have a richer, secure shopping and e-commerce experience from the comfort of their homes by accessing virtual shops on-line around the world through real time video and chat.
  • play on-line games simultaneously with anyone in the world in real time.
  • access educational services such as ‘study on-line’ and participate in virtual classroom discussions with their tutors anywhere in the world as well as enjoy a rich research experience by being able to download books, journals and magazines in a matter of minutes.
  • receive medical diagnosis and advice in the comfort of their homes or offices from medical practioners locally and abroad in real time through high speed Internet, high definition video and voice connections
B. Business

Click to view enlarged version


Businesses will be able to :
  • tap into virtual markets unrestrained by geographic boundaries and expand their customer base to anywhere in the world.
  • tap into an expanded supply chain to source supplies from any part of the globe with wider price alternatives.
  • improve management efficiency through new hosted applications in the area of accounting, customer relationship and supply chain management.
  • enjoy more cost savings through lower connectivity costs for real time integration with their business partners anywhere, anytime.
READ MORE- High Speed Broadband (HSBB)

Tuesday, March 16, 2010

KENYATAAN AKHBAR - STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MEMPERTINGKATKAN PENEMBUSAN JALUR LEBAR DI MALAYSIA

Saya ingin memaklumkan keputusan Kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara.Keputusan ini diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar (broadband penetration) negara, iaitu 18 peratus, amat rendah berbanding negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus),
Hong Kong (80 peratus) dan Korea (93 peratus). Pelaksanaan jalur lebar ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula merupakan keperluan asas.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, satu pelan telah dihasilkan oleh Jawatankuasa Kabinet yang diberi mandat untuk menentukan halatuju pelaksanaan jalur lebar negara. Ia mengambil kira pendekatan secara menyeluruh bagi menangani kedua-dua strategi penawaran (supply) dan permintaan (demand) jalur lebar. Oleh kerana infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar merupakan tulang belakang bagi perkembangan K-Ekonomi Negara, Pelan ini mensasarkan penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010.
Perkhidmatan jalur lebar ini akan memberi manfaat kepada negara, Kerajaan, industri dan rakyat. Perkhidmatan seperti e-Government, e-Education, e-Commerce, e-Health, Internet Protocol TV (IPTV),
teleworking (bekerja dari rumah) dan e-Payment akan merubah gaya hidup kita. Sebagai contoh kita hanya perlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turunkan (download) dokumen bersaiz 10 MB berbanding lima
minit sekarang sementara perkhidmatan e-Health membolehkan pesakit berurusan secara on-line dengan pakar perubatan tanpa perlu 2 bersemuka. Manakala petani dan nelayan boleh menyemak harga hasil
tani mereka secara on-line dan memasarkan hasil pencarian secara terus tanpa menggunakan khidmat orang tengah.
Peningkatan penembusan jalur lebar juga merupakan pemangkin yang mencetuskan perkembangan ekonomi dari segi peningkatan KDNK. Hasil penilaian awal dari aspek sumbangan ke atas KDNK Negara ialah
RM6.68 bilion atau 1 peratus pada tahun 2010. Pada masa yang sama,peluang pekerjaan sebanyak 135,000 bakal diwujudkan. Bagi memenuhi aspirasi ini, usaha-usaha perlu ditumpukan dalam memastikan perkhidmatan jalur lebar disediakan kepada orang awam (general population) dan mengenalpasti kawasan-kawasan yang berimpak tinggi untuk membina infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband). Memandangkan pelaksanaan jalur lebar berkelajuan tinggi ke seluruh Negara dijangka akan menelan belanja dalam anggaran RM56 bilion, dari aspek penawaran, Kerajaan mengambil keputusan bahawa usahausaha akan difokuskan kepada dua kategori jalur lebar:
• Jalur lebar untuk orang awam (broadband for general population – BBGP) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps; dan
• Jalur lebar berkelajuan tinggi (high speed broadband – HSBB) bagi kawasan-kawasan terpilih/ditentukan untuk penggunaan antara 10 Mbps dan 1 Gbps.
Bagi mencapai objektif dan sasaran nasional ini, negara akan diklasifikasikan kepada tiga zon:
• Zon 1 merupakan kawasan yang akan diliputi dengan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan juga jalur lebar untuk orang awam (BBGP). Ini melibatkan kawasan terpilih yang memberikan impak ekonomi yang besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru dan Timur Laut Pulau Pinang. • Zon 2 merupakan kawasan yang akan diliputi dengan infrastruktur jalur lebar untuk orang awam (BBGP).
• Zon 3 pula meliputi kawasan luar bandar yang tidak ekonomik. Ia bertujuan merapatkan jurang digital yang memerlukan pembiayaan 3 dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di Zon 1, ianya akan dilaksanakan secara usahasama (Public-Private Partnership - PPP) antara Kerajaan dengan TM. Kaedah PPP ini adalah perlu memandangkan perlaksanaan infrastruktur end-to-end meliputi rangkaian akses, teras dan antarabangsa (supply driven) yang bersekala besar secara komersial semata-mata adalah tidak viable. Pemilihan TM untuk melaksanakan projek HSBB secara PPP adalah berdasarkan kos serta pelaksanaan yang lebih efektif. TM kini memiliki sebanyak 95% daripada infrastruktur telekomunikasi tetap sedia ada. Justeru, TM merupakan pilihan terbaik (natural choice) untuk menaiktaraf infrastruktur sedia ada kepada HSBB. Pemilihan TM juga dapat mempercepatkan pelaksanaan dan dengan itu, HSBB dapat memanfaatkan ekonomi serta rakyat dalam tempoh terdekat. Cadangan kos projek bagi membangunkan infrastruktur HSBB dalam tempoh 10 tahun adalah berjumlah RM15.2 bilion. Pada peringkat awal, Kerajaan bercadang melabur sebanyak RM4.8 bilion daripada jumlah tersebut. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana Fasa 1 akan melibatkan pelaburan sebanyak RM 11.3 bilion meliputi 1.3 juta premis. Daripada jumlah tersebut Kerajaan akan turut melabur sebanyak RM 2.4 bilion untuk tempoh tiga tahun. Bagi memastikan keterbukaan rangkaian oleh TM, rangka kerja regulatori akan dibangunkan berdasarkan konsep open network bagi membolehkan pemain industri lain berpeluang untuk mengakses rangkaian HSBB di peringkat aplikasi dan perkhidmatan rangkaian.

Bagi liputan jalur lebar untuk orang awam di Zon 2, majoriti inisiatif perluasan jalur lebar akan diteruskan di bawah strategi-strategi sedia ada termasuk galakan persaingan antara teknologi wayarles (3G/HSDPA, WIMAX) dan talian tetap. Manakala bagi liputan Zon 3, akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk merapatkan jurang digital Negara.4 Bagi mencapai kadar penembusan 50 peratus, penekanan bagi aspek penawaran sahaja adalah tidak mencukupi tanpa strategi yang berkesan bagi mencetuskan permintaan untuk orang ramai menerima perkhidmatan jalur lebar. Oleh itu, penekanan diberi kepada pembangunan aplikasi Kerajaan secara on-line yang boleh memberi perkhidmatan terus kepada rakyat di peringkat daerah, PBT, negeri dan persekutuan. Di samping itu, penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan kandungan dan aplikasi secara on-line yang mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Maybank-2-u, e-ticketing, dan sebagainya. Untuk itu, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memacu pembangunan kandungan yang lebih bersepadu. Kempen kesedaran dan promosi jalur lebar bakal dilaksanakan secara besar-besaran bagi memastikan objektif Kerajaan tercapai.


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Putrajaya
15 Mei 2008
READ MORE- KENYATAAN AKHBAR - STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MEMPERTINGKATKAN PENEMBUSAN JALUR LEBAR DI MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING BEST