| |
Saya
ingin bertanya apakah hukum si suami memancutkan air mani diluar faraj
isteri dengan tujuan untuk merancang keluarga secara semulajadi tanpa
ubatan. Jawapan: 1. Firman Allah:
Telah berjayalah orang-orang mukmin itu...dan mereka itu adalah
orang-orang yang menjaga kemaluannya melainkan ke atas isteri-isteri
mereka.." Firman-Nya lagi: Kamu adalah pakaian bagi mereka dan mereka
adalah pakaian bagi kamu" Tempat yang adil bagi air
mani si suami ialah faraj si isteri. Tidak boleh ditumpahkan di tempat
yang lain pada isteri melainkan dengan keredoan isteri sendiri.
2. Merancang keluarga secara umumnya adalah harus. Di dalam Islam
sendiri kita diajar bahawa kualiti lebih baik daripada kuantiti. Merancang keluarga ertinya menjarakkan di antara anak terdahulu dengan anak yang terkemudian. Tujuan umumnya adalah untuk perkembangan dan kesihatan si ibu dan juga si anak. Si ibu boleh berehat seketika. Rehat ini menyihatkan. Si anak pula dapat kasih sayang dengan lebih sempurna dan dapat menyusu sehingga puas. Anak yang belum puas menyusu tetapi telah mendapat adik mungkin akan merasa dengki dengan adiknya, berebut menyusu dll. Menyusu yang digalakkan ialah selama 2 tahun. Peribadi yang dididik secara langsung oleh Rasulullah seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah juga menjarakkan anak mereka, Hasan dan Husin. Terdapat di kalangan masyarakat Islam yang merancang keluarga secara semulajadi yaitu tanpa penggunaan ubat seperti melakukan perkelamian sewaktu safe period, memancut di luar faraj dll. Cara ini adalah lebih baik. Walaubaimanpun, sekiranya tidak dilakukan secara semulajadi seperti melalui suntikan ubat-ubat tertentu, ia juga adalah harus. |
http://photographer-kahwin.blogspot.com Sila Hubungi : 016-6505066 bgcik_30@yahoo.com
Followers
Monday, October 31, 2011
Hukum Keluarkan Air Mani Di Luar Faraj
Labels:
air mani,
Blog Header,
Creative,
hubungan suami isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment