Followers

shashinki.com - malaysia's online camera shop!

Monday, March 8, 2010

Faraj Ngilu Ketika Bersama Suami

February 22, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu

SOALAN

Saya baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami. Setiap kali kami bersama, saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih. Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya.

JAWAPAN

ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING BEST