Followers

shashinki.com - malaysia's online camera shop!

Wednesday, March 17, 2010

Kenapa Aku Juga Memilih Adverlets?

Sebenarnya bukan perkara mudah untuk menjana pendapatan didalam dunia moden dan serba canggih. Dalam internet ni, macam-macam program menjana duit ada. Ada yang betul dan ada yang tipu (scam). Kalau buka emel, berlambak SPAM berkaitan program buat duit masuk ke inbox aku. Dulu aku ada gak join beberapa program buat duit daripada internet macam Google Adsense, Nuffnang dan Adverlets. 

Aku Mula Menampak dengan membuat pelbagai blog.. hampir 20 blog aku buat untuk menjana pendapatan sebegini, aku buat 10 blog untuk Nuffnang dan 10 blog untuk Adverlets. Mula2 penat jugak nak update kesemua blog aku tu, tetapi hasilnya berbaloi... cuma kurang skit pada nuffnang. Tetapi aku tetap setia... biarpun macam lalang.
Mungkin ramai menganggap buat duit dari internet senang. Hari ni buat esok dapat pulangan 100%. Bagi aku buat duit melalu internet sama susah dengan buat duit di dunia nyata. Ada usaha ada hasilnya, tiada usaha tiadalah hasilnya.
Aku memilih Adverlets sebagai medium utama dalam menjana pendapatan melalui internet. Kenapa aku pilih Adverlets? Senang jek sebab Adverlets akan bayar korang berdasarkan page impression blog/website yang korang dapat. Tak dapat klik pun takper janji ada pengunjung melawat blog korang. Kalau nak harapkan klik memang haram payah nak dapat kecuali visitor blog korang beriban-riban. Pada pendapat aku Adverlets sesuai untuk blog yang visitornya sekadar bawah 1000 orang sehari.
Nuffnang? Emmm… Nuffnang memang popular di kalangan blogger Malaysia. Aku tak nafikan Nuffnang memang terbaik tapi masalahnya dia bayar mengikut klik. Nak dapat klik bukan senang, korang kena usaha lebih untuk meningkatkan kualiti blog dan trafik blog supaya ramai pengunjung datang seterusnya kebarangkalian untuk mendapat klik adalah tinggi. Kalau blog dah popular dan traffik mencanak tiada masalah. Nak lagi masyuk gunalah Google Adsense. Tapi itupun kalau blog korang betul-betul berkualiti dan ditulis dalam bahasa Inggeris.
Kalau setakat tulis blog sebagai medium berkongsi cerita hidup macam aku nih, tulis pun ikut suka agak payahlah untuk maju dalam bidang nih. Hehehehe. Kecuali korang tu artis atau individu yang sememangnya sudah popular di dunia nyata. Kalau korang betul-betul nak jana duit dari internet, usaha betul-betul dan belajar daripada otai-otai di luar sana. Nak lagi best jadilah full time blogger. Amacam?


Berbalik kepada Adverlets, ada orang kata Adverlets ni scam. Tu aku tak pasti. Harap-harap Adverlets bayar lah. Penat aku usaha selama 3 bulan dengan membuat hampir 10 blog, tu pun dapat kumpul RM2,000 je. Kira rezeki lah walaupun ciput. Hihi. Kalau dapat dekat RM2,000 tu, aku nak topup buat beli Lens baru untuk Nikon D90 Aku... Insyaallah… Kepada yang join program pengiklanan macam nih, aku ucapkan semoga berjaya! Assalamualaikum!

1 comment:

  1. Salam..
    Sy lebih prefer Google Adsense:)
    Lebih dipercayai,duit besar dan iklan kompom keluar je:)

    http://amsyar.dunianomad.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING BEST