Followers

shashinki.com - malaysia's online camera shop!

Wednesday, March 17, 2010

Ulasan panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Rakan kita saudara Noorizam baru sahaja siap menulis satu panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang dan saya antara orang yang terawal diberi peluang untuk membaca panduan ini. Rasanya semua dah tahu apa itu Nuffnang dah hampir kesemua anda sudah mendaftar akaun. Tetapi saya yakin hanya sebahagian dari anda yang benar-benar dapat menjana pendapatan dengannya.
Saya adalah antara orang yang tidak bernasib baik, setakat ini hanya menjana RM 1.20 sahaja pendapatan dari Nuffnang. Sebenarnya saya memang dah berputus asa dan terus membuang iklan Nuffnang dari blog saya. Tetapi selepas membaca tips-tips yang ditulis Noorizam di forumJomBincang, saya mengambil keputusan untuk memberi Nuffnang peluang kedua. Walau bagaimanapun saya masih tidak dapat menjana apa-apa pendapatan malah iklan pun jarang-jarang keluar. Setelah membaca panduan yang ditulis Noorizam barulah saya tahu apa sebabnya.
Di dalam ebook ni Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Ebook ini akan dilancarkan pada hari Selasa 24hb Jun dan yang paling menarik sekali, ianya akan diberikan secara percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS. Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke laman web Noorizam dan masukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan sebagaimana gambar di bawah
nuffnangads Ulasan panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang
Selamat membaca.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING BEST